Abjad_Arab
Abjad_Arab

Abjad_Arab

U+0750 hingga U+077F
U+FB50 hingga U+FDFF
Zaman Gangsa Pertengahan 19–15 SM
Abjad Arab ialah skrip yang digunakan untuk menulis bahasa Arab.Disebabkan Al-Qur'an, buku suci Islam, ditulis dengan huruf ini, pengaruhnya tersebar dengan Islam. Hasilnya, abjad Arab digunakan untuk menulis pelbagai bahasa lain — malahan bahasa yang tergolong dalam rumpun bahasa selain Semitik. Contoh bahasa bukan Semitik yang ditulis dengan abjad Arab termasuk Parsi, Urdu, Melayu dan Azeri (di dalam sempadan Iran Wilayah Azerbaijan). Bagi menampung fonetik bahasa lain, huruf ini telah disesuaikan oleh tambahan huruf dan simbol lain. (Lihat abjad Arab bahasa lain di bawah).Huruf ini mempersembahkan dirinya dalam pelbagai gaya seperti Nasta'līq, Thuluth, Kufik dan (lihat kaligrafi Arab), sama seperti pelbagai gaya tulisan tangan dan taip muka untuk huruf Roman. Ringkasnya, gaya ini muncul agak berlainan, tetapi asas bentuk huruf adalah sama.