Nils Abraham Langlet (9 Julai 1868 - 30 Mac 1936; dikenali dengan nama keduanya) adalah seorang
ahli kimia Sweden.Langlet dilahirkan di
Södertälje. Daripada 1886 hingga 1896, beliau belajar kimia dengan
Per Teodor Cleve di
Universiti Uppsala, di mana beliau menerima kedoktoran pada tahun 1896 dan dijadikan
docent pada tahun yang sama. Pada 1899, beliau menjadi pensyarah dalam Kimia dan Teknologi Kimia di
Universiti Teknologi Chalmers di
Gothenburg, di mana beliau menerima jawatan profesor dalam bidang yang sama pada tahun 1911. Pada 1926, apabila jawatan profesornya dibahagikan, beliau menjadi professor
kimia organik.Pada 1895, ketika bekerja dengan Cleve di Uppsala, beliau menemukan sendiri unsur
helium (pada tahun yang sama dengan
William Ramsay) di dalam mineral
kleveit. Langlet merupakan orang pertama yang menentukan
berat atom unsur itu dengan tepat. Beliau meninggal dunia di
Gothenburg.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.