Abu_Hamid_al-Ghazali

Abū Ĥāmid al-Ghazālī, (1058-1111) (Bahasa Parsi: ابو حامد محمد ابن محمد الغزالی‎) yang dikenali sebagai Algazel di Dunia Barat, adalah salah seorang ilmuwan Islam. Beliau juga merupakan seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta disepakati oleh para ulama' sebagai al-mujaddid untuk kurunnya.Nama penuhnya Muĥammad ibn Muĥammad ibn Muĥammad ibn Aĥmad, dan nama gelaran nisbahnya al-Ghazālī aţ-Ţūsī. Nama panggilannya (kunyah) pula Abū Ĥāmid. Di antara nama-nama gelaran lain yang telah diberikan kepadanya ialah Ĥujjatul-Islām, Sirāj al-Mujtahidīn dan Zain al-'Ābidīn.

Abu_Hamid_al-Ghazali

Lahir: 1058 M atau 450 H Ghazalah, Tabran, Tus, Khurasan, Empayar Saljuk, Parsi (Iran)
Bidang: Tasawuf, Teologi (Kalam), Falsafah, Logik, Fiqh, Mantik, Akhlak, Kenegaraan, Siasah
Nama: Abu Hāmid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazālī
Etnik: Parsi
Gelaran: Syaraful A'immah, Zainuddin, Hujjatul Islam
Diilhami: Ahmad al-Razkani, Ismail bin Sa'dah al-Ismaili, Abu al-Mu'ali al-Juwaini, al-Fadhl bin Muhammad al-Faramizi, Umar bin Abdul Karim bin Sa'duwiyh, Abu Talib al-Makki, Harith al-Muhasibi, Ibnu Sina
Wafat: Isnin 19 Disember 1111 M atau 14 Jamadilakhir 505 H Tabran, Tus, Empayar Saljuk
Rantau: Parsi
Mazhab: Syafii, Asy'ariyah
Pengaruh: Fakhruddin al-Razi, Maimonides, Thomas Aquinas, Ramón Martí, Nicholas Autrecourt, Shah Waliullah, Abdul-Qader Bedil, Abdul Qadir Jailani, Abu Bakar bin al-Arabi, Abu Abdullah al-Jili, al-Barbabazi, Muhammad bin Yahya, Abu al-Abas al-Qalisyi, Abu Abdullah Muhammad, Ibn Tumart, Abu Madyan, Jalaluddin al-Suyuti, Imam Nawawi, Ibn al-Haj al-Abdari, Nicholas dari Autrecourt, Immanuel Kant
Karya: Ihya Ulum al-Din, al-Munqaz al-Dulal, Tahafat al-Falasifah, al-Wajiz