Abu'l-Walid Ismail I ibn Faraj (
Arab: أبو الوليد إسماعيل الأول بن فرجcode: ar is deprecated , 3 Mac 1279 – 8 Julai 1325) merupakan pemerintah
Nasrid kelima
Amiriah Granada di
Semenanjung Iberia dari tahun 1314 hingga 1325. Seorang cucunda kepada
Muhammad II sebelah bondanya
Fatima, baginda merupakan yang pertama dalam susur galur sultan yang kini dikenali sebagai al-dawla al-isma'iliyya al-nasriyya (dinasti Nasrid Ismail). Para sejarawan menggambarkannya sebagai seorang pemerintah berkesan yang menambah baik kedudukan amiriah dengan kejayaan tentera semasa pemerintahannya.Baginda menuntut takhta semasa pemerintahn ayahanda saudara sebelah bondanya,
Sultan Nasr, selepas sebuah pemberontakan yang dimulakan oleh ayahandanya
Abu Said Faraj. Angkatan bersenjata mereka menewaskan Nasr dan Ismail yang tidak popular diisytiharkan sultan di
Alhambra pada bulan Februari 1314. Baginda menghabiskan tahun awala pemerintahannya melawan Nasr, yang cuba mendapat semula takhta dari pangkalannya di
Guadix, di mana baginda pada awalnya dibenarkan memerintah sebagai gabenor. Nasr mendapatkan bantuan
Castile, yang kemudian menjamin kebenaran paus untuk
perang salib menentang Ismail. Perang diteruskan dengan damai sementara berkala dan mencapai kemuncaknya di
Pertempuran Vega pada 25 Jun 1319, yang berakhir dengan angkatan bersenjata Ismail menang, dipimpini
Uthman ibn Abi al-Ula, ke atas Castile. Kematian dalam pertempuran
Infante Peter dan
Infante John, dua pemangku untuk Raja
Alfonso XI yang masih kecil, meninggalkan Castile tanpa pemimpin dan memaksanya menamatkan sokongan untuk Nasr.Selepas damai sementara awal, Ismail membuat susulan dengan kejayaannya dengan menawan istana kota di sempadan Castile pada tahun 1324 dan 1325, termasuk
Baza,
Orce,
Huéscar,
Galera, dan
Martos. Kempen ini termasuk penggunaan pertama
meriam di sebuah pengepungan di Semenanjung Iberia, dan kekejaman semasa serangan Martos yang menjadi terkenal dalam babad Muslim. Baginda dibunuh oleh saudaranya, Muhammad ibn Ismail, pada 8 Julai 1325, atas sebab peribadi. Semasa kehidupannya, Ismail menambahkan bangunan di kompleks istana Alhambra, istana
Generalife, dan istana
Alcázar Genil.