AdSense

AdSense adalah program pengiklanan yand dijalankan oleh Google. Pemilik laman web boleh mengikut program ini dengan membenarkan teks, gambar dan yang terbaru iklan video melalui laman web mereka. Iklan ini dikawal selia oleh Google dan hasil yang dijana dari pengiklanan ini adalah sama ada setiap bayar per klik (PPC) atau setiap perseribu-dilihat/tanggap pada dasarnya (per-thousand-impressions basis).Google kini sedang dalam proses menguji kaedah harga kos-per-tindakan (cost-per-action) atas dasar servis.Google sedang menggunakan teknologi carian untuk menyediakan hidmat pengiklanan ini berdasarkan isi kandungan laman web, lokasi geografi pengguna laman web, dan faktor-faktor lain. Sesiapa yang mahu menggunakan hidmat pengiklanan dengan sistem pengiklanan sasaran Google boleh mendaftar melalui AdWords - mungkin bermaksud Iklan melalui perkataan yang berkaitan. Adsense terkenal dengan langkah untuk pengiklanan melalui laman web kerana dengan panji (banner) yang kurang mengganggu daripada kebanyakan panji, dan isi kandungan iklan yang hampir semua adalah bertepatan dengan isi kandungan laman web.Bagi laman web yang tidak dikunjungi oleh Mediabot, laman web mengikut untuk memberi ruang pengiklanan dalam laman web mereka akan menggunakan kod JavaScript untuk menunjukan iklan amal untuk makluman servis awam (PSAs - public service announcements). Mediabot adalah berbeza dengan Googlebot yang beroperasi sebagai pencari indeks Google. Terdapat banyak laman yang menggunakan AdSense untuk menjana wang dengan isi kandungan laman web dan terdapat juga pemilik laman web yang berkerja keras untuk meningkatkan penjanaan keuntungan melalui Adsense. Mereka membuat semua ini melalui 3 langkah iaitu :Sumber utama pendapatan AdSense adalah program AdWords yang menukarkan model penghargaan yang kompleks berasaskan harga kedua lelong Vickrey, dalam pada itu pengiklan perlu menetap bida/tawaran (tanpa melihat pesaing).Tambahan lagi, untuk sebarang klik,pengiklan akan hanya membayar satu peningkatan bida/tawaran harga diatas harga kedua yang tertinggi.