Adibajingan
Adibajingan

Adibajingan

Adibajingan (Jawi: اديباجيڠن) ialah sejenis watak kodi penjahat yang boleh ditemui dalam komik-komik Amerika Syarikat dan biasanya mempunyai kuasa dan kemampuan luar biasa. Adibajingan ialah watak antitesis kepada adiwira, bermakna identitinya berlawanan dengan identiti adiwira.Adibajingan digunakan sebagai watak lawan bagi memberi adiwira sebuah cabaran. Seandainya adibajingan itu tidak mempunyai kuasa adimanusia, ilmu mistik atau kuasa makhluk asing, adibajingan itu boleh sebalinya mempunyai kepintaran atau kemahiran yang hebat membolehkan mereka untuk mencipta rancangan rumit atau melakukan jenayah yang manusia biasa tiada kuasa untuk buat. Ciri-ciri lain yang mereka boleh ada ialah megalomania dan kemilikan sumber yang banyak untuk merealisasikan impian mereka. Ramai adibajingan mempunyai sifat-sifat diktator, samseng, saintis gila, pemburu haram, ahli perniagaan yang buruk akhlak, pembunuh bersiri dan pengganas dunia sebenar, dengan impian penaklukan dunia atau kepimpinan seantero dunia .[1]