Adikung
Adikung

Adikung

Juruiring atau Pembantu Ketenteraan ialah sebutan rasmi tentera atau dikenali dalam bahasa pasar anggota perkhidmatan sebagai Adikung (Bahasa Perancis: aide-de-camp atau singkatannya ADC bermakna asisten kem), adalah seorang pembantu peribadi ataupun setiausaha kepada seseorang yang berpangkat tinggi. Kebiasaannya juruiring membantu pegawai kanan tentera atau kerajaan, kerabat diraja ataupun ketua negara. Jangan dikelirukan dengan istilah Ajutan, yang merupakan pentadbir kanan dalam sesebuah unit tentera. Juruiring pertama pula adalah adikung paling kanan di antara pembantu peribadi seseorang kenamaan itu.Di sebilangan negara, juruiring adalah satu pelantikan kebesaran (title of honour) yang membolehkan penerima menggunakan huruf ADC selepas namanya, dan menyertai keramaian-keramaian rasmi. Tanda jawatan Adikung biasanya dikenali sebagai aiguilet (aiguillette), iaitu satu tali pintal berwarna emas atau warna lain, yang disangkut di bahu kanan atau kiri pakaian seragam mengikut protokol. Di Britain, jawatan Adikung Diraja diberikan kepada individu sebagai balasan kepada jasa yang tidak ternilai ataupun sebagai jawatan kehormat.