Adira
Adira

Adira

Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira ialah seorang bintang Akademi Fantasia yang berasal dari Ranau, Sabah. Gadis ini merupakan anak bongsu daripada 8 adik-beradik. Adira beraksi di pentas akhir Akademi Fantasia Musim 8 dan seterusnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara musim tersebut.Adira aktif menyanyi dengan menyertai kumpulan nasyid sejak sekolah lagi. Malah, Adira sebelum ini pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian di Sabah dan pernah menjadi juara dalam Pertandingan Karnival Budaya 2008. Malah, dia mewakili daerah Ranau bagi peringkat negeri Sabah dan berjaya mendapat tempat keempat. Sebelum itu, Adira juga pernah menyertai pertandingan menyanyi di Pesta Kobis anjuran pekan Kundasang, Sabah. Dia juara dalam pertandingan itu.Beliau mula bertudung pada Ogos 2014.[1]