Adlerhorst
Adlerhorst

Adlerhorst

Adlerhorst (Eagle's eyrie atau Sangkar Helang) merupakan sebuah kompleks bunker Perang Dunia II di Jerman, terletak di kawasan luar bandar Langenhain-Ziegenberg, Wiesental Wetterau dan Kransberg di pergunungan Taunus dalam negeri Hesse.Direka oleh Albert Speer sebagai kompleks markas utama ketenteraan Adolf Hitler, ia telah ditugaskan semula oleh Hitler pada Februari 1940 kepada ketua Luftwaffe Hermann Goering sebagai markasnya dalam Pertempuran Britain, hanya digunakan oleh Hitler semasa Serangan Ardennes 1944–45.