Adobe_Systems
Adobe_Systems

Adobe_Systems

Adobe Systems Incorporated (disebut "a-do-bi" (NASDAQ: ADBE) ialah sebuah syarikat perisian komputer yang berpangkalan di San Jose, California, Amerika Syarikat. Syarikat ini tertumpu pada perekaan keluaran perisian multimedia dan kreatif, di samping melibatkan diri dalam pembangunan perisian aplikasi Internet kaya.Adobe diasaskan pada Disember 1982[3] oleh John Warnock dan Charles Geschke yang meninggalkan Xerox PARC untuk membangunkan dan menjual bahasa perihalan halaman PostScript. Pada tahun 1985, Apple Computer melesenkan PostScript untuk kegunaan keluaran mesin cetak LaserWriter yang membantu mencetuskan revolusi penerbitan meja. Nama syarikat Adobe berasal dari anak sungai Adobe yang mengalir di belakang rumah salah seorang pengasasnya di Los Altos, California.[3] Adobe membeli bekas pesaingnya, Macromedia, pada Disember 2005, lantas memperbaharui portfolio keluarannya dengan keluaran dan platform perisian baru seperti Adobe Flash dan Adobe Flex.Tepat pada Februari 2009, Adobe Systems ada 7,173 orang kakitangan,[3] 40% daripada mereka bertugas di San Jose. Adobe juga menjalankan operasi pembangunan penting di Orlando, Florida; Seattle, Washington; San Francisco, California; Minneapolis, Minnesota; Newton, Massachusetts; San Luis Obispo, California (AS); Ottawa; Ontario (Kanada); Hamburg (Jerman); Noida dan Bangalore (India); Bucharest (Romania); dan Beijing (China).

Adobe_Systems

Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Pendapatan operasi $ 1.028 bilion (2008)[2]
Industri Perisian komputer[1]
Jumlah aset $ 5.821 bilion (2008)[2]
Pendapatan bersih $ 871.8 juta (2008)[2]
Bilangan pekerja 7,173 (February 2009)[3]
Jumlah ekuiti $ 4.410 bilion (2008)[2]
Perancang utama Charles Geschke, Pengasas
John Warnock, Pengasas
Shantanu Narayen, Presiden & CEO
Ibu pejabat San Jose, California,  Amerika Syarikat
Pengasas Charles Geschke
John Warnock
Laman sesawang Adobe.com
Keluaran Lihat List of Adobe products
Ditubuhkan Mountain View, California (1982)
Hasil $ 3.579 bilion (2008)[2]
Jenis Awam (NASDAQ: ADBE)