Keluarga Adolf_Hitler

Hitler pada 1942 dengan kekasihnya, Eva Braun, yang beliau kahwini pada 29 April 1945

Hitler mencipta gambaran awam sebagai lelaki bujang tanpa kehidupan domestik, berdedikasi sepenuhnya untuk misi politik dan bangsanya.[2][3] Beliau bertemu dengan kekasihnya, Eva Braun, pada tahun 1929,[4] dan bernikah pada bulan April 1945.[5] Pada September 1931, anak saudara tirinya, Geli Raubal, membunuh diri dengan senjata Hitler di apartmen Munichnya. Telah dikhabarkan kepada orang-orang sezaman bahawa Geli menjalinkan hubungan romantik dengannya.[6] Paula Hitler, adik perempuan Hitler dan ahli keluarga terdekatnya, meninggal dunia pada tahun 1960.[7]