Adrenalin_(album)
Adrenalin_(album)

Adrenalin_(album)

Adrenalin ialah album studio kedua Faizal Tahir sepanjang kerjayanya dalam bidang nyanyian dan rakaman muzik. Album ini keluar terdahulu dalam bentuk album mini muat turun digital di perkhidmatan muzik Internet dan mudah alih terpilih pada akhir tahun 2009, sementara menunggu lagu-lagu lain untuk album selengkapnya. Akhirnya, album Adrenalin telah siap dan dikeluarkan dalam bentuk CD lengkap pada 11 Mac 2010, terbitan Monkey Bone Records.Album ini menerima pencalonan Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17 yang diadakan pada Mei 2010. Bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa tempoh kelayakan album untuk AIM17 adalah keluaran 1 Januari hingga 31 Disember 2009, maka timbulnya kemusykilan sesetengah pihak mengenai kelayakan album ini. Faizal membalas kemusykilan itu dengan keluaran digital awal-awal sebagai penjelasan.