Aedes_albopictus
Aedes_albopictus

Aedes_albopictus

Culex albopictus Skuse, 1894Nyamuk Aedes Albopictus (Stegomyia albopicta), sejenis nyamuk keluarga (Culicidae), bercirikan kaki belang hitam putih, dan badan kecil berbelang hitam putih. Ia berasal di kawasan tropika dan separa tropika di Asia Tenggara; bagaimanapun, dalam tempoh beberapa abad kebelakangan ini spesies ini telah menceroboh banyak negara di seluruh dunia melalui pengangkutan barangan dan peningkatan pengembaraan antarabangsa.[1] Nyamuk ini telah menjadi serangga perosak utama di kebanyakan masyarakat kerana kaitan rapatnya dengan manusia (berbanding di kawasan berpaya), dan biasanya terbang dan menghisap darah pada siang hari selain pada subuh dan maghrib. Dalam bahasa Inggeris, nyamuk ini dikenali sebagai nyamuk harimau kerana ciri belangnya sama seperti belang harimau. Aedes albopictus merupakan vektor epidemik penting bagi penyebaran banyak pantogen virus, termasuk virus Nil Barat, Demam Kuning, St. Louis encephalitis, demam denggi, dan demam Chikungunya,[2] termasuk juga beberapa filarial nematodes seperti Dirofilaria immitis.[3]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Aedes_albopictus http://www.iberianature.com/material/tigermosquito... http://www.merriam-webster.com/dictionary/aedes http://www.nytimes.com/2007/12/23/world/europe/23v... http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleUR... http://archimedes.fas.harvard.edu/pollux/ http://www.rci.rutgers.edu/~insects/sp8.htm http://cisr.ucr.edu/asian_tiger_mosquito.html http://entomology.ifas.ufl.edu/creatures/aquatic/a... http://www.cdc.gov/Ncidod/dvbid/arbor/albopic_new.... http://www.invasivespeciesinfo.gov/animals/asianti...