Afdlin_Shauki_bin_Aksan

Dato' Afdlin Shauki bin Aksan (lahir 19 Mei 1971; juga dikenali sebagai Chief Kodok dan juga Sedey Malas oleh peminatnya) ialah seorang penyanyi, pengarah, penerbit, pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau berpengalaman menjadi pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1997, 1999-2003, 2005-2010. Selain itu, beliau juga menjadi pengacara dan penulis bagi rancangan Golden Dreams (1999) dan Golden Dreams Extreme (2000). Beliau mula mendapat tempat dalam bidang hiburan tanah air ekoran kejayaan beberapa filemnya seperti Buli (2004), Baik Punya Cilok (2005), Buli Balik (2006) dan Sumolah (2007).Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[1]

Afdlin_Shauki_bin_Aksan

Pekerjaan Penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara, penerbit, pengarah filem
Ibu bapa Aksan Abdullah (bapa)
Fadzilah Jelani (ibu)
Pasangan Datin Maria Christina Orow Abdullah (k. 1997)
Media Televisyen, filem, muzik
Anak 2
Pengkarya berkait Acidiz, Sheila Majid, Zainal Abidin, Azman Warren, Amir Yussof
Nama lain Chief Kodok, Sedey Malas
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Acid Rain Records
Laman web Afdlin Shauki
Afdlin Shauki: Inside My Head
Hasil kerja dan peranan Actorlympics TV
Super Spontan
Maharaja Lawak Mega
Ah-ha
Buli
Baik Punya Cilok
Berani Punya Budak
Kelahiran Afdlin Shauki bin Aksan
(1971-05-19) 19 Mei 1971 (umur 48)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Genre Komedi, sketsa, satira
Tahun aktif 1990–2004 (dalam industri muzik)
1999–kini (pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, pengacara)
Kediaman Kuala Lumpur