Etimologi Afghanistan

Rencana utama: Nama Afghanistan

Nama Afghanistan (Bahasa Parsi: افغانستان‎, [avɣɒnestɒn]) dipercayai menjadi setua sebagai etonim iaitu Afghan, yang didokumenkan pada abad ke-10 dalam buku geografi iaitu Hudud ul 'alam.[23] Perkataan Afghan berasal dari Sanskrit iaitu अवगाण (Avagāṇa);[24] yang mungkin berasal dari Aśvaka.[25][26][27] Akar nama "Afghanistan" telah digunakan secara bersejarahnya sebagai rujukan kepada orang Pashtun,[28] dan akhiran "-stan" itu bermaksud "tempat" dalam bahasa Parsi. Oleh itu, Afghanistan diterjemahkan kepada "tanah orang Afghan"[29][30] iaitu "tanah orang Pashtun".[31] Perlembagaan Afghanistan menyatakan bahawa kata Afghanistan hendaklah terpakai bagi tiap-tiap warganegara Afghanistan."[32]

"Stan" bermaksud tanah. Afghanistan bermaksud tanah Afghan. perkataan "stan" juga digunakan dalam nama Kurdistan dan Uzbekistan.