Geografi Afrika

Afrika adalah daratan terbesar daripada tiga daratan jika dilihat dari arah selatan di bahagian muka bumi di angkasa. Diasingkan daripada Eropah oleh Laut Mediterranean, ia bersambung hingga ke Asia pada bahagian paling utara timurnya oleh Isthmus of Suez (disilang oleh Terusan Suez), 163 km (101 batu) lebarnya.[4] (Secara geo-politiknya, Egypt, Semenanjung Sinai dan timur Terusan Suez selalu dianggap sebahagian daripada Afrika.[2][3]) Dari titik paling utara iaitu Ras ben Sakka di Tunisia (37°21' N) dan titik paling selatan iaitu Cape Agulhas di Afrika Selatan (34°51'15" S ), mempunyai jarak lebih kurang 8,000 km (5,000 batu).[5] Dari Cape Verde, (17°33'22" W) iaitu titik paling barat ke Ras Hafun di Somalia, (51°27'52" E) iaitu bahagian paling timur, mempunyai jarak lebih kurang 7,400 km (4,600 batu).[6] Panjang pesisir pantainya adalah 26,000 km (16,100 batu ) dan dengan dan ketiadaan titik putus atau lubang besar di sepanjang pantainya adalah satu ilustrasi yang menggambarkan fakta bahawa Eropah, yang hanya merangkumi 10,400,000 km² (4,010,000 batu persegi )– yang luasnya hanya sepertiga daripada keluasan Afrika – mempunya pesisir pantai sepanjang 32,000 km (19,800 batu).[6]Negara terbesar Sudan, dan negara yang terkecil adalah Seychelles, sebuah gugusan kepulauan di luar pantai timurnya.[7] Negara terkecil di atas daratan benua Afrika adalah Gambia. Menurut Roman purba, Afrika tersebar di barat Egypt, manakala "Asia" yang dahulunya dirujuk sebagai Anatolia tersebar ke arah timur. Garis sempadan mutlak antara dua benua ini telah digariskan oleh ahli geografi terkenal iaitu Ptolemy (85–165 selepas masehi), menunjukkan Alexandria di sepanjang Prime Meridian serta menentukan bahawa Isthmus of Suez dan Laut Merah menjadi sempadan antara Asia dan Afrika. Apabila orang Eropah mula memahami keluasan sebenar benua ini, idea tentang Afrika mula berkembang bersama dengan ilmu pengetahuan mereka.

Benua Afrika mempunyai 59 buah negara.

Afrika Timur

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Afrika Timur

Afrika Timur adalah sebuah kawasan yang mencakupi wilayah:

Afrika Tengah

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Afrika Tengah

Afrika Tengah adalah salah satu rantau yang terdapat di dalam benua Afrika. Negara-negara yang dianggap sebagai sebahagian daripada Afrika Tengah ialah:

Negara-negara yang sememangnya sebahagian daripada rantau Afrika Tengah:

Afrika Utara

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Afrika Utara

Afrika Utara merupakan kawasan yang secara umum merangkumi:

Afrika Selatan

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Selatan Afrika

Afrika Selatan adalah rantau di benua Afrika. Di dalam rantau ini terdapat beberapa negara seperti Afrika Selatan. Di dalam skema penamaan PBB, terdapat lima negara dalam Selatan Afrika:

Afrika Barat

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Afrika Barat

Negara-negara yang termasuk dalam Afrika Barat adalah: