Afrika
Afrika

Afrika

Afrika (Tulisan Jawi: افريك) merupakan benua yang kedua terbesar selepas Asia, sama ada dari segi keluasan atau jumlah penduduk. Luasnya adalah kira-kira 30,244,050 km2 (11,677,240 batu2) termasuk kepulauan di sekitarnya, meliputi 20.3% dari jumlah daratan di bumi dan didiami lebih daripada 900 juta orang pada 2005, atau sekitar 14% populasi manusia di bumi.Benua Afrika disempadani:Kata Afrika berasal dari bahasa Rom kuno, Africa terra — "tanah Afri" (perkataan jamak dari "Afer") — untuk menunjukkan bahagian utara benua tersebut, iaitu Tunisia sekarang, wilayah jajahan Rom Afrika. Asal perkataan "Afer" mungkin adalah dari bahasa Funisia (Phoenician), 'afar yang bererti debu; atau dari puak Afridi, yang mendiami bahagian utara benua dekat Carthage; atau dari bahasa Greek aphrike yang bererti tanpa dingin; atau dari bahasa Latin aprica yang bererti cerah.

Afrika

Zon masa UTC-1 hingga UTC+4
Bahasa 1250–3000 bahasa asli
Bandar terbesar Kawasan perbandaran terbesar:
Ketumpatan penduduk 36.4/km2 (94/sq mi)
Penduduk 1,225,080,510[1] (2016; ke-2)
Kawasan 30,370,000 km2 (11,730,000 bt2)  (ke-2)
Negara 54 (dan 2 dipertikai) (Senarai negara)
Demonim Orang Afrika
Kebergantungan
Luaran (1)