Afrika_Utara
Afrika_Utara

Afrika_Utara

Afrika Utara merupakan kawasan yang secara umum merangkumi:Azores, kepulauan Canary, Ethiopia, Eritrea, Malta, Ceuta, Melilla, Gibraltar, dan Madeira kadang-kala dianggap sebagai sebahagian Afrika Utara.Sebahagian Magribi (juga dikenali sebagai Afrika Barat Laut atau Tamazgha) adalah bahagian Afrika Utara yang membentuk Morocco, Sahara Barat, Algeria, Tunisia, Libya, dan Mauritania (dengan itu menyingkir Lembah Nil). Dalam kegunaan biasa - terutama dalam bahasa Perancis - istilah ini seringkali terhad kepada tiga negara pertama, kerana kesemuanya merupakan bekas koloni Perancis. Dalam bahasa Arab, istilah ini turut merujuk kepada Morocco sahaja.Sesetengan negara di Afrika utara, terutamanya Mesir dan Libya, sering kali dimasukkan sekali dalam istilah biasa Timur Tengah, kerana ia dari satu segi mempunyai ikatan rapat kepada Asia barat berbanding Maghreb. Tambahan lagi, Semenanjung Sinai di Mesir merupakan sebahagian Asia, menjadikan Mesir sebagai negara antara benua.