Agensi_Remote_Sensing_Malaysia_(ARSM)

Latar belakangAgensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) (English: Malaysian Remote Sensing Agency (MRSA)) ditubuhkan pada tahun 1988 dengan nama asalnya Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) adalah sebuah agensi penyelidikan dan pembangunan (P&P) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE). Pada tahun 2008, MACRES telah dinaikkan taraf kepada jabatan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan nama baharu iaitu Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM). Manakala MOSTI pula telah disusun semula sebagai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) pada tahun 2018. KemudahanARSM dilengkapi dengan sistem komputer untuk pemprosesan imej data satelit, GIS, GPS dan stesen penerima data satelit untuk perolehan data satelit masa nyata, makmal remote sensing gelombang mikro (kebuk anechoic, mobile scatterometer), makmal fotografi digital remote sensing dan kemudahan Sistem Pengarkiban dan Capaian (ARS) Data Chamber.Struktur OrganisasiKetua Pengarah Program UtamaTerdapat dua program utama di ARSM iaitu: Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) dan Perkhidmatan Teknikal. Program Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) melibatkan penyelidikan dalam bidang aplikasi remote sensing, GIS dan teknologi lain yang berkaitan dalam semua sektor pengurusan pengeluaran pertanian, sumber asli, alam sekitar, bencana, keselamatan dan pembangunan tanah negara. Program ini turut memfokuskan kepada penyelidikan analisa dan pemodelan data ruang dalam persekitaran sistem maklumat geografi (GIS), penyelidikan untuk membangunkan sistem komputer dan sensor remote sensing; dan menyediakan perkhidmatan nasihat teknikal dalam aplikasi remote sensing, GIS dan teknologi lain yang berkaitan. Perkhidmatan Teknikal pula memfokuskan kepada pengurusan operasi dan perkhidmatan ARSM sebagai one stop centre dalam teknologi remote sensing. Perkhidmatan yang disediakan oleh ARSM.ARSM menerima permohonan data satelit remote sensing di bawah 3 kategori:Maklumat lanjut dan borang berkaitan boleh dicapai dan dimuat turun di sini. Katalog Data Remote Sensing boleh dicapai di sini.Pautan LuarLaman Web Rasmi ARSMLaman Web Rasmi MESTECC