Agent_Orange
Agent_Orange

Agent_Orange

Agent Orange (Agen Jingga) ialah sejenis racun dan bahan peranggas (defoliant) kimia yang digunakan sebagai senjata taktikal tentera Amerika Syarikat untuk sebahagian daripada rancangan peperangan herbisida Operasi Ranch Hand[1] semasa Perang Vietnam dari 1961 hingga 1971.[2] Ia merupakan campuran sama bahagian dua jenis racun rumpai iaitu 2,4,5-T dan 2,4-D. Bahan kimia ini bukan sahaja telah merosakkan alam sekitar malah menyebabkan masalah kesihatan utama kepada ramai individu yang terdedah kepadanya.Sebanyak empat juta orang di Vietnam telah didedahkan kepada bahan peranggas ini. Pemerintah Vietnam mengatakan sebanyak 3 juta orang telah menderita penyakit akibat pendedahan kepada Agen Jingga.[3] Palang Merah Vietnam menanggarkan lebih sehingga 1 juta orang yang kekurangan upaya atau mempunyai masalah kesihatan akibat Agent Orange yang tercemar.[4] Pemerintah Amerika Syarikat telah mencabar maklumat ini atas alasan ia tidak kukuh.[5] Bahan kimia ini mampu merosakkan gen sehingga mengakibatkan kecacatan kepada kanak-kanak yang dilahirkan mangsa yang terdedah. Pemerintah negara tersebut turut mencatatkan bilangan kes leukemia, limfoma Hodgkin dan pelbagai jenis kanser yang lebih tinggi dalam kalangan veteran perang yang terdedah. Agen ini juga menyebabkan kerosakan persekitaran besar di Vietnam. Lebih 3,100,000 hektar (31,000 km2 atau 11,969 mi2) hutan telah diranggas. Bahan peranggas dalam racun mengekikis pokok pelindung dan stok anak hutan saham, menyukarkan proses penghutanan semula di banyak tempat. Kepelbagaian spesies haiwan di kawasan yang terjejas dikurangkan secara mendadak jika dibandingkan dengan kawasan yang tidak diracunkan.Impak pengunaan Agen Jingga di Vietnam mengakibatkan tindakan undang-undang secara bersar-besaran. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu meratifikasikan Resolusi Perhimpunan Agung 31/72 dan Konvensyen Modifikasi Alam Sekitar pada tahun 1978. Tuntutan mahkamah difailkan bagi kedua-dua pihak veteran-veteran perang Amerika Syarikat dan Vietnam untuk mendapatkan pampasan ganti rugi.

Rujukan

WikiPedia: Agent_Orange http://edition.cnn.com/2012/08/10/world/asia/vietn... http://www.science20.com/news_articles/agent_orang... http://www.epa.gov/dioxin http://www.publichealth.va.gov/exposures/agentoran... http://www.publichealth.va.gov/exposures/agentoran... http://www.afhso.af.mil/shared/media/document/AFD-... http://www.birthdefects.org/wp-content/uploads/201... http://www.cancer.org/Cancer/CancerCauses/OtherCar... //doi.org/10.1093%2Fije%2Fdyl038 //www.worldcat.org/issn/0190-8286