Agnez_Mo
Agnez_Mo

Agnez_Mo

Agnes Monica Muljoto (lahir 1 Julai 1986) atau lebih dikenali sebagai Agnez Mo ialah seorang penyanyi pop dan R&B, pelakon, penari Indonesia. Beliau dikenali menerusi drama bersiri Pernikahan Dini (2001-2003) yang ditayangkan di RCTI, di mana beliau berlakon sebagai seorang gadis remaja yang masih duduk di bangku SMU dan hamil di luar nikah. Selain itu beliau sendiri yang menyanyikan lagu tema sinetron dengan judul sama. Beliau kini merupakan selebriti terkaya di Indonesia dengan nilai pendapatan kasar sebanyak AS$ 16 juta.[1]Dengan kejayaannya ini, Agnes berjaya menjadi salah seorang artis yang ternama dan telah memenangi pelbagai penghargaan hasil bakat lakonannya. Dengan kejayaannya dalam drama bersiri, Agnes yang juga penyanyi cilik ini juga sering mengisi runut bunyi drama bersirinya, dan akhirnya menghasilkan album dewasa pertamanya "..And The Story Goes.....". Albumnya berjaya dan melambungkan namanya dalam kancah industri hiburan Indonesia. Pada 10 Disember 2005, Agnes melancarkan album keduanya Whaddup A.. '?!. Single pertama berjudul "Bukan Milikmu Lagi". Pada albumnya yang terbaru ini, Agnes berduet dangan Keith Martin (penyanyi asal Amerika Syarikat yang sekarang mencipta kerjaya di Filipina dan juga turut popular di Indonesia dengan lagunya yang berjudul "Because of You") untuk berduet dan menciptakan lagu buat Agnes dalam bahasa Inggeris dengan judul "I'll Light A Candle".Agnes telah memenangi anugerah selama dua tahun berturut-turut untuk persembahannya di Festival Lagu Asia di Seoul, Korea Selatan, pada 2008 dan 2009. Dengan album ketiganya, Sacredly Agnezious (2009), beliau mula melibatkan diri sebagai penerbit dan penulis lagu. Pada 2010, beliau dilantik sebagai juri rancangan pertandingan bakat, Indonesian Idol. Beliau menandatangi perjanjian rakaman bersama The Cherry Party, label usahasama bersama Sony Music Entertainment. Agnes telah mengeluarkan dua single antarabangsanya, "Coke Bottle" (menampilkan Timbaland dan T.I.) dan "Boy Magnet".Selain kejayaan komersial, beliau ialah penyanyi dengan jumlah anugerah di Indonesia. Beliau telah memenangi berdozen trofi, termasuk 17 Anugerah Musik Indonesia, 8 Anugerah Panasonic, 5 Anugerah Nickelodeon Indonesia Kids' Choice Awards, dan 4 Anugerah MTV Indonesia. Beliau menerima Anugerah Artis Asia Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet 2012 di Korea Selatan. Selain itu, beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi duta anti-dadah di Asia dan juga duta MTV EXIT dalam memerangi penyeludupan manusia.

Agnez_Mo

Pekerjaan Penyanyi, pelakon, penari
Ibu bapa Ricky Muljoto (bapa)
Jenny Siswono (ibu)
Tahun aktif 1992–kini
Instrumen
Syarikat rakaman
Warganegara Indonesia
Pendidikan Pengajian Undang-undang
Laman web www.agnezmo.com
Saudara Steve Muljoto (abang)
Chloe Xaviera (anak saudara)
Kelahiran Agnes Monica Muljoto
(1986-07-01) 1 Julai 1986 (umur 33)
Jakarta, Indonesia
Genre
Pusat pendidikan Universiti Pelita Harapan
Kediaman Jakarta, Indonesia
Los Angeles, California, Amerika Syarikat