Menu
Ah Yeah (EP) Lagu single"Up & Down" (Hangul: 위아래; RR: Wiarae) dikeluarkan lebih awal sebagai lagu single digital pada 27 Ogos 2014. Lagu ini dicipta dan diterbitkan oleh Shinsadong Tiger, Namking Nang dan LE.[8] Ia merupakan keluaran pertama kumpulan ini bersama Yedang Entertainment selepas menyertai syarikat ini pada bulan Jun 2014.[9]
Lagu ini menjadi tajuk utama kerana kejayaan lewat menaiki carta selepas kejayaan biasa-biasa pada awalnya. Lagu ini mula menduduki carta tiga bulan selepas ia dikeluarkan.[10] Kejayaan lewat lagu single ini dikaitkan kepada sebuah video peminat dimana Hani mempersembahkan lagu ini dimana ia menjadi viral di rangkaian media sosial Korea pada lewat bulan November.[11][12]
"Up & Down" membuat kemunculan pertama di tempat ke-94 dalam Carta Lagu Domestik Gaon sebelum terkeluar daripada carta pada minggu berikutnya. Walau bagaimanapun pada 16 November 2014, lagu ini memasuki Carta Lagu Keseluruhan Gaon di tempat ke-34 kerana populariti lewatnya. Lagu ini kekal dalam lima teratas untuk tiga minggu berikutnya sebelum menduduki tempat teratas pada 28 Disember 2014.[13]
Sejak ia dikeluarkan, lagu ini telah terjual sebanyak 1.3 juta salinan digital di Korea Selatan,[14] menjadikan ia lagu single pertama kumpulan ini untuk terjual sebanyak satu juta salinan.
(EXID(이엑스아이디)) 아예 (Ah Yeah) Music Video (Official MV)Menu
Ah Yeah (EP) Lagu singleBerkaitan
Ahmad Zahid Hamidi Ahli Sunah Waljamaah Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15 Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14 Ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen Malaysia ke-14 Ahmad Shabery Cheek Ahmad Dhani Ahmad Faizal Azumu AH-64 Apache Ahmad BoestamamRujukan
WikiPedia: Ah Yeah (EP) http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/6... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2014/08/... http://daily.hankooki.com/lpage/entv/201501/dh2015... http://bntnews.hankyung.com/apps/news?popup=0&nid=... http://tenasia.hankyung.com/archives/411328 http://tenasia.hankyung.com/archives/412526 http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://www.koreaboo.com/video/exid-wins-2nd-consec... http://www.koreadaily.com/news/read.asp?page=1&bra... http://www.koreadaily.com/news/read.asp?page=1&bra...