Ahli_Majlis_Perundangan_Persekutuan_Tanah_Melayu

Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibubarkan pada tahun 1955 untuk membolehkan Kerajaan mengadakan pilihan raya umum buat pertama kalinya bagi memilih ahli-ahli untuk mewakili rakyat di Majlis Perundangan Persekutuan.Ahli Majlis Perundangan Persekutuan bertambah kepada 98 orang iaitu 52 orang yang dipilih melalui pilihan raya umum (menggantikan 50 orang ahli tidak rasmi), 35 orang ahli yang dilantik mewakili kepentingan-kepentingan tertentu, dan 11 orang lagi terdiri daripada Menteri Besar dan wakil-wakil negeri[1].52 kerusi dipertandingkan, dengan penambahan 7 kerusi bagi parti yang menang majoriti.[2] Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan bertanding di semua kerusi dan menang 51 kerusi, manakala Parti Islam Se-Tanah Melayu menang baki 1 kerusi. Berikutan pilihan raya tersebut, Raja Uda Raja Muhammad telah dipilih menjadi Yang di-Pertua Majlis, sama seperti Yang di-Pertua Dewan Rakyat kini.Berikut merupakan senarai anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang dipilih pada 1955.