Sejarah Ahli_Sunah_Waljamaah

Fitnah

Fitnah ketika kewafatan Rasulullah SAW

Ketika Muhammad Rasulullah s.a.w wafat, maka berlakulah salah faham antara golongan Muhajirin dan Ansar untuk melantik sesiapa yang selanjutnya menjadi pemimpin kaum muslimin. Para sahabat melihat hal ini akan mengakibatkan perang saudara antara kaum muslimin Muhajirin dan Ansar. Setelah masing-masing mengajukan delegasi untuk menentukan siapa khalifah pengganti Rasulullah s.a.w, akhirnya disepakati oleh kaum muslimin untuk mengangkat Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a sebagai khalifah.

Fitnah masa khalifah ke-3

Pada masa kekhalifahan ke-3, Sayyidina Uthman bin Affan r.a, berlaku fitnah yang cukup serius di tubuh Islam pada saat itu, yang mengakibatkan terbunuhnya khalifah Uthman r.a. Pembunuhnya ialah suatu rombongan delegasi yang diasaskan oleh Abdullah bin Saba' dari Mesir yang hendak memberontak kepada Khalifah dan hendak membunuhnya. Abdullah bin Saba' berjaya membina pemahaman yang sesat untuk mengadu domba umat Islam bagi menghancurkan Islam dari dalam. Kemudian masyarakat banyak saat itu, terutama ditaja oleh para bekas pelaku pembunuhan terhadap Uthman, berjaya membunuh beliau dengan sadis ketika beliau sedang membaca Quran.

Fitnah masa khalifah ke-4

Segera setelah baiat Khalifah Ali r.a mengalami kesulitan bertubi-tubi. Orang-orang yang terpengaruh oleh Abdullah bin Saba' terus menerus mengadu domba para sahabat. Usaha mereka berjaya. Para sahabat salah faham mengenai kes undang-undang pembunuhan Uthman. Yang pertama berasal dari isteri Rasulullah s.a.w, Sayidatina Aisyah r.a., bersama dengan Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam berjaya diadu domba hingga terjadilah Perang Jamal atau dikenali sebagai Perang Unta. Dan kemudian oleh Mu'awiyah bin Abu Sufyan yang diangkat oleh Sayyidina Uthman sebagai Gabenor di Syam, mengakibatkan berlakunya Perang Siffin. Melihat banyaknya korban dari kaum muslimin, maka pihak yang berselisih mengadakan ishlah atau keamanan. Para pemberontak tidak senang dengan adanya keamanan diantara kaum muslimin. Kemudian terjadilah usaha pembangkangan oleh mereka yang pada awalnya berpura-pura atau munafik. Merekalah golongan Khawarij.

Tahun Jamaah

Kaum Khawarij ingin merebut kekhalifahan. Tapi terhalang oleh Sayyidina Ali dan Mu'awiyah, sehingga mereka merancang untuk membunuh keduanya. Abdul Rahman bin Muljam dari Kaum Khawarij berjaya membunuh Khalifah Ali pada saat baginda mengimami solat subuh di Kufah, tetapi tidak terhadap Mu'awiyah kerana dijaga ketat. Bahkan Mu'awiyah berjaya mengkonsolidasikan diri dan umat Islam, berkat kecekapan politik dan ketegaran kepemimpinannya. kerana belajar oleh berbagai pertumpahan darah, kaum muslimin secara pragmatis dan realistik menyokong kekuasaan Mu'awiyah. Maka tahun itu, tahun 41 Hijrah, secara khusus disebut tahun persatuan ('am al-jamaah).

Sunah Madinah

Kaum muslimin mendalami agama berdasarkan al-Quran, dan memperhatikan serta ingin mempertahankan sunnah Nabi s.a.w di Madinah. Akhirnya ilmu hadis yang berkembang selama beberapa abad, sampai tuntasnya masalah pembukuan hadis sebagai wujud nyata sunnah pada sekitar akhir abad ke-3 Hijrah. Saat itu, lengkap sudah kodifikasi hadis dan menghasilkan al-Kutub al-Sittah (Buku Yang Enam) yakni oleh al-Bukhari (w. 256 H), Muslim (w. 261 H), Ibnu Majah (w. 273 H), Abu Daud (w. 275), al-Turmudzi (w. 279 H) , dan al-Nasa'i (w. 303 H).

Perkembangannya kemudian

Ahli Sunah pada masa kekuasaan Bani Umaiyyah masih dalam keadaan mencari bentuk, hal ini dapat dilihat dengan perkembangan empat mazhab yang ada di tubuh Sunni. Abu Hanifah, pengasas kepada Mazhab Hanafi, hidup pada masa perkembangan awal kekuasaan Bani Abbasiyah.