Ahmad_Badawi_Abdullah

Haji Ahmad Badawi Abdullah (13 Oktober 1907 – 7 Mei 1977) atau nama sebenar, Haji Ahmad bin Abdullah merupakan seorang ulamak dan ahli politik Malaysia kelahiran Makkah al-Mukarramah, Arab Saudi. Beliau merupakan antara pengasas Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS), dan menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS yang pertama. Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk kekal bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), selepas PAS memansuhkan sistem dwi-keahlian. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepala Batas dan Bertam, Pulau Pinang. Beliau juga pernah dilantik sebagai ahli Dewan Negara pada tahun 1964 hingga 1968.[1]Anaknya iaitu Abdullah bin Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Ahmad_Badawi_Abdullah

Kediaman Kepala Batas, Pulau Pinang
Lahir (1907-10-13)13 Oktober 1907
Syuib Ali, Makkah, Arab Saudi
Pekerjaan Ahli politik, ulama
Parti politik UMNO
Pasangan Kailan binti Hassan Kwantung
Anak-anak 4 (Abdullah, Muhammad Tahir, Ibrahim, Aminah)
Didahului oleh Konstituensi baharu
Digantikan oleh Konstituensi dibubar
Meninggal dunia 7 Mei 1977(1977-05-07) (umur 69)

Rujukan

WikiPedia: Ahmad_Badawi_Abdullah //scholar.google.com/scholar?q=%22Ahmad+Badawi+Abd... //www.google.com/search?&q=%22Ahmad+Badawi+Abdulla... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Ahmad... //www.google.com/search?q=%22Ahmad+Badawi+Abdullah... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Ahmad+Badaw... http://www.singapore-elections.com/malaysia-electi... http://studentsrepo.um.edu.my/385/10/APPENDIX.pdf http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... https://id.loc.gov/authorities/names/n2007204996 https://books.google.com.my/books?id=23X5k4hjF6gC&...