Ahmad_Fadzli_bin_Abd_Aziz
Ahmad_Fadzli_bin_Abd_Aziz

Ahmad_Fadzli_bin_Abd_Aziz

Ahmad Fadzli bin Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Fadzli atau Pali dilahirkan pada (1984-02-09) 9 Februari 1984 (umur 35) di Kota Bharu, Kelantan. Beliau ialah bekas anggota kumpulan nasyid UNIC (2004-2014)[1] yang merupakan salah sebuah kumpulan nasyid terkenal di Malaysia.Beliau mula menganggotai UNIC pada tahun 2004 menggantikan salah seorang anggotanya pada waktu itu iaitu Wan Shah yang menarik diri dan telah merakamkan album pertamanya bersama UNIC yang berjudul Satu Tekad pada tahun 2005 bersama Hafiz Hamidun, Fitri Haris dan Bazli. Beliau merupakan seorang perunding motivasi dan dahulunya, beliau aktif berdakwah bersama-sama Mohd Fakhrul Radhi bin Kamarudin dan Bazli Hazwan bin Che Osman yang juga anggota kumpulan UNIC yang masih bertahan sehingga kini. Selain menyanyi dan berdakwah, beliau juga bekerja untuk stesen televisyen Islamik iaitu TV Al-Hijrah dan beliau juga merupakan seorang aktivis.Pada tahun 2014, beliau telah mengumumkan pengundurannya dari UNIC atas faktor kerjaya secara rasmi pada 1 Januari 2015. Kini, beliau telah berkahwin dengan Fatin Hanani dan dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Adam dan Sofiyyah.[2]

Ahmad_Fadzli_bin_Abd_Aziz

Pekerjaan Penyanyi/Pengacara
Pasangan Fatin Hanani
Anak Adam dan Sofiyyah
Tahun aktif 2004-2014
Terkenal kerana Kumpulan UNIC
Warganegara Malaysia
Kelahiran Ahmad Fadzli bin Abd Aziz
(1984-02-09) 9 Februari 1984 (umur 35)
Kota Bharu, Kelantan