Ahmad_Ismail

Datuk Ahmad Ismail (lahir 1955) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari parti UMNO. Beliau merupakan bekas Ketua UMNO bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang, Malaysia sejak 1988 hingga 2008. Sebelum itu, selama 11 tahun di dalam Pergerakan Pemuda UMNO sejak 1974. Beliau dikenali sebagai pemimpin kontroversi di atas dakwaan perkauman semasa Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008. Pada 10 September 2008, dia digantung dari parti UMNO kerana dakwaan kenyataan perkauman mengenai kaum Cina semasa Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008.

Ahmad_Ismail

Lahir 1955
Pekerjaan Ahli politik
Parti politik UMNO-BN