Ahmad_Merican

Tan Sri Ahmad Othman Merican atau lebih terkenal sebagai Ahmad Merican ialah seorang pemuzik veteran Malaysia. Beliau diberi gelaran 'Tokoh Muzik Tanah Air' oleh pihak media Malaysia dan juga diiktiraf sebagai 'Tokoh Penyiar 1994'. Beliau telah mempelopori pelbagai bidang dalam hidupnya. Beliau merupakan orang pertama diberi tanggungjawab merakamkan lagu kebangsaan Malaysia, pencetus idea-idea bernas program hiburan dan pentadbir Orkestra Radio Malaysia (kini Orkestra RTM) sekitar tahun 60an.Beliau dilahirkan di Pulau Pinang dan pernah menjadi orang kuat bagi TV3, NTV7, Penerbangan Malaysia (MAS) dan kini merupakan seorang ahli lembaga International College of Music (ICON) Malaysia.