Ahmad_Nabil_Ahmad

Haji Ahmad Nabil bin Ahmad (lahir 26 September 1983) ialah seorang pelawak, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan pelakon Malaysia.[1] Beliau terkenal sejak menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak Astro, oleh itu beliau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak.Beliau mengacarakan rancangan hiburan MeleTOP (sejak 2012) dan Gegar Vaganza (sejak 2014) serta melibatkan diri dalam lakonan filem dan siri TV tempatan. Nabil juga boleh dikatakan sebagai pelawak berdiri yang paling popular di Malaysia. Beliau juga telah menubuhkan syarikat penerbitan sendiri yang bernama Nabil Production dan kemudian menubuhkan KMN Productions.[2]