Biografi Ahmad_Nawab

Dato’ Seri Dr. Ahmad Nawab dilahirkan di Pulau Pinang, merupakan seorang komposer muzik yang terkenal di Malaysia dan masih lagi bergiat aktif dalam penggubahan lagu sehingga ke hari ini.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, beliau telah menghasilkan lebih 200 buah album yang didendangkan oleh artis-artis tempatan dan luar negara yang popular dan berbakat besar seperti Uji Rashid, Hetty Koes Endang, Khatijah Ibrahim, Sudirman Haji Arshad, Ramlah Ram, Broery Marantika dan ramai lagi.

Popularitinya telah membuktikan bahawa lagu-lagu ciptaannya adalah berkualiti, di mana beliau masih mampu bersaing serta dapat bertahan lebih dari tiga puluh tahun dalam dunia muzik tanah air walaupun terdapat kemunculan ramai komposer-komposer muda yang serba berkebolehan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Nawab juga merupakan orang yang bertanggung jawab bagi mengubah lagu “Malaysia Truly Asia”, yang dinyanyikan oleh Khatijah Ibrahim. Lagu tersebut turut dijadikan lagu tema bagi mempromosi Malaysia pada persada antarabangsa.