Ahmad_Reduan_Rozali

Ahmad Reduan Rozali merupakan rakyat Malaysia yang juga merupakan salah seorang pendaki Gunung Everest termuda dari Asia Tenggara. Gunung Everest setinggi 8848 meter dari aras laut yang terletak di negara Nepal, utara Kathmandu berjaya ditawan pada 2004. Beliau tidak keseorangan, bersama-sama bersama teman seuniversiti Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin. Mereka tiba di puncak pada 10.50 pagi waktu Malaysia, Ahad dan turun semula ke base camp pada 23 Mei 2004.Naib Canselor UiTM Datuk Seri Prof Ibrahim Abu Shah yang berada di Shah Alam, Selangor dan seluruh warga UiTM cukup berbangga dengan kejayaan ini. Ketua jurulatih dan pengiring mereka ialah Mohd Fauzan Hassan. Mereka berlatih mendaki gunung di Wanaka, New Zealand dari 30 Julai hingga 20 Ogos 2003.Ahmad Reduan, merupakan pelajar kursus Diploma Sains Gunaan manakala Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin , 22, pelajar kursus Diploma Kesihatan dan Kecergasan di UiTM.