Ahmad_Tarmimi_Maliki

Ahmad Tarmimi Maliki (26 tahun) merupakan rakyat Malaysia pertama menjadi pengebom berani mati dan terbunuh di Iraq. Beliau menjadi pengebom berani mati yang pertama dari Malaysia .Serangan itu berjaya membunuh askar elit Iraq di ibu pejabat SWAT di Al Anbar , Iraq pada 26 Mei 2014.Akhbar The Star melaporkan bahawa Ahmad Tarmimi bukan dari sekolah agama sebagaimana sangkaan ramai. Beliau adalah buruh kilang di Selangor dan mendapat latihan menggunakan senjata di sebuah kem militan di Port Dickson. Bapanya meninggal dunia ketika berumur 6 tahun dan kematian ibunya ketika usia 9 tahun. Dia bersekolah di Jerantut,Pahang sehingga umur 14 tahun. Selepas kematian ibu dan bapa, Ahmad Tarmimi tinggal bersama kakaknya Halimah (34) dan abang iparnya Rozman (38). Kemudian bersekolah di Institut Vokasional Pahang dalam bidang automatif . Selepas itu pindah ke Selangor dan menjual air kelapa muda dan kemudian bekerja di sebuah pasar raya di Subang Bestari. Pekerjaan terakhirnya ialah di sebuah kilang di Selangor.