Ahmad_Tarmimi_Siregar

Dato' Ahmad Tamimi Siregar bin Mohd Kamal (lahir 1950)[1] ialah seorang pelakon veteran Malaysia yang terkenal dalam bidang lakonan wayang gambar dan televisyen. Antara pengalaman beliau dalam filem termasuk memegang watak utama dalam filem Abang dan Pemburu pada 1980-an. Selain itu, beliau juga terkenal sebgai pengarah pementasan teater Rubiah, dan juga merupakan seorang pelakon suara latar animasi yang terlibat dalam rakaman animasi tempatan dan bahan-bahan asing yang dialih suara ke Bahasa Malaysia, seperti dalam Muhammad Utusan Terakhir.Ahmad Tamimi Siregar dilahirkan pada tahun 1950. Ahmad Tamimi Siregar merupakan seorang budayawan yang aktif pelbagai bidang kesenian yang turut merangkumi bidang tarian, muzik dan lakonan. Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula sejak zaman persekolahan. Bakat dan kewibawaan Ahmad Tamimi Siregar mula menonjol apabila beliau diberi kepercayaan untuk menerbit dan mengarahkan satu teater besar yang diasaskan daripada kesenian Randai sempena pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Ke-10 (Negeri Sembilan) berjudul Kaba Kasih Menanti. Ahmad Tamimi Siregar kemudiannya terbabit dalam bidang penerbitan genre drama tv dan filem seperti Permintaan Terakhir di samping aktres utama- Uji Rashid (Merdeka Film Productions arahan Jamil Sulung-1975), Abang (Fleet Communication arahan Rahim Razali -1979), Drama TV Kabus (RTM-1991), Telemovie Ana Aishah (RTM-1992), dan Telemovie Sinar (RTM-1993). Selain itu beliau turut terbabit dengan drama pentas seperti Wild Duck (1995) dan Muzika Rubiah (1999 & 2005).

Ahmad_Tarmimi_Siregar

Pekerjaan Pelakon
Pasangan Tengku Hasmah bt. Tengku Awang
Tahun aktif 1970–kini
Kelahiran Ahmad Tarmimi Siregar bin Mohd Kamal
1950 (umur 69–70)
Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)