Ahmad_Yatim

Ahmad Yatim ialah seorang pelakon filem dan teater yang terkenal di Malaysia sejak akhir 1970-an. Beliau ialah seorang daripada 3 orang pelakon Malaysia yang pernah memenangi dua kategori lakonan di Festival Filem Malaysia iaitu untuk peranan utama dan pembantu. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang sangat selektif dalam memilih naskhah untuk dilakonkan. Banyak bergerak di dunia pementasan, Ahmad Yatim kini bergelar pensyarah di ASWARA.