Politik Ahmad_Zahid_Hamidi

Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok, Naib Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau memikul tanggungjawab Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan. Seterusnya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kemudian beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Najib. Dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-53 (1997), beliau menghentam Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu KKN (Kroni, Korupsi dan Nepotisme) dalam kerajaan. Berikutan itu, Dr Mahathir Mohamad telah mendedahkan nama-nama Melayu/Bumiputera yang mendapat saham dan jawatan dalam syarikat tertentu.[20][21]

Tahanan politik ISA

Datuk Ahmad Zahit Hamidi yang pada masa itu merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sejak 1996 dan empat pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 21 September 1998 kerana menyokong kegiatan Reformasi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jawatan beliau selaku Ketua Pemuda UMNO pada masa itu dipangku oleh Datuk Hishamudin Tun Hussien.

Rujukan

WikiPedia: Ahmad_Zahid_Hamidi http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ayah-zah... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.malaysiakini.com/news/243188 http://www.straitstimes.com/breaking-news/se-asia/... http://www.thejakartapost.com/news/2013/03/22/mala... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl...