Ailee
Ailee

Ailee

Amy Lee (Nama Korea: Lee Yejin; Hangul: 이예진; Hanja: 李藝眞, lahir 30 Mei 1989), lebih dikenali sebagai Ailee (Hangul: 에일리), ialah seorang penyanyi Korea-Amerika Syarikat. Beliau berada di bawah label rakaman YMC Entertainment di Korea Selatan[1] dan Warner Music di Jepun.Sebelum penampilan K-pop pertama beliau, Ailee berada di bawah label rakaman Muzo Entertainment di Amerika Syarikat. Beliau berpindah ke Korea Selatan pada tahun 2010 dimana beliau melepasi ujian pemilihan dan menjadi artis untuk YMC Entertainment. Selepas dikenali untuk nyanyian beliau di dalam Singer and Trainee, beliau mula berlakon di dalam drama KBS, Dream High 2. Beliau telah mengeluarkan tiga album mini dan satu album studio.Ailee menerima Anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Muzik MelOn, Anugerah Golden Disk, Anugerah K-Pop Carta Gaon dan Anugerah Muzik Seoul. Beliau juga memenangi anugerah Pendatang Baru Terbaik dan tiga Anugerah Persembahan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet untuk "U&I", "Singing Got Better" dan "Mind Your Own Business". Untuk runut bunyi Fated to Love You, "Goodbye My Love", Ailee memenangi Runut Bunyi Asal Terbaik di Anugerah Drama Korea ke-7.Ailee telah dijemput sebagai tetamu VIP untuk membuat persembahan di parti pra-Grammy untuk Anugerah Grammy ke-55 dan menghadiri kedua-dua majlis dan karpet merah di Los Angeles. Beliau telah memenangi Anugerah Bintang Meningkat Naik Amerika Mnet.

Rujukan

WikiPedia: Ailee http://www.abu2012seoul.com/s62.html http://www.allkpop.com/2010/03/jay-park-art-of-mov... http://www.allkpop.com/2011/10/wheesung-unveils-he... http://www.allkpop.com/2012/02/ailee-makes-an-ange... http://www.allkpop.com/2012/02/ailee-releases-heav... http://www.allkpop.com/2012/03/john-park-ailee-mak... http://www.allkpop.com/2012/03/rookie-singer-ailee... http://www.allkpop.com/2012/05/ailee-claims-victor... http://www.allkpop.com/2012/06/ailee-claims-victor... http://www.allkpop.com/2012/08/super-juniors-ryeow...