Kerjaya Ainul_Aishah

Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Ainul Aishah terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai model. Peranan filemnya hadir pada 2006 selepas pengarah A. Razak Mohaideen menawarkannya membintangi filem Nana Tanjung, memegang watak sebagai Siti Hajar. Beliau kembali menjayakan peranannya dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 2007. Pada 2008, beliau diberikan watak utama sebagai seorang pelajar asrama bernama Marina dalam filem seram suspens arahan James Lee, Histeria terbitan Tayangan Unggul yang dibintangi oleh Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya dan Yana Samsudin.[2]

Beliau meninggalkan kerjaya lakonan pada 2010 bagi menumpukan perhatian pada francais perniagaan Tutti Frutti yang diusahakan oleh keluarganya. Sejak 2013, beliau mengusahakan perniagaan biskut A Cookies.[3][4]

Ainul kembali aktif berlakon pada 2014, beliau muncul bersama Tiz Zaqyah dan Amar Baharin dalam siri Akadku Yang Terakhir yang disiarkan di TV3. Beliau memegang watak sebagai Baby dalam telenovela Lara Aishah yang diadaptasi dari telenovela La Loba. Drama ini dibintangi oleh Fasha Sandha dan Nazim Othman.[5] Ainul membuat penampilan pentas pertamanya menerusi pementasan teater Putera La Galigo yang dipentaskan pada 17 dan 18 Disember; beliau memegang watak Awan.

Berkaitan