Sejarah AirAsia

Penubuhan

AirAsia ditubuhkan pada 1993 dan mula operasi pada 18 November 1996. Ia pada asalnya diasaskan oleh sebuah konglomerat kerajaan Malaysia, DRB-HICOM. Pada 2 Disember 2001 syarikat penerbangan yang banyak berhutang telah dibeli oleh syarikat Tony Fernandes Tune Air Sdn Bhd, bekas eksekutif Time Warner untuk jumlah harga satu Ringgit Malaysia dengan hutang berjumlah USD 11 juta (MYR 40 juta). Fernandes berpusing sekitar syarikat, menghasilkan keuntungan pada 2002 dan melancarkan laluan baru dari habnya di Kuala Lumpur, menjejaskan bekas pengendali monopoli Penerbangan Malaysia dengan tambang promosi serendah MYR 1 (USD 0.27).

Penerbangan antarabangsa

Pada 2003, AirAsia membuka hab kedua mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru berdekatan Singapura dan melancarkan penerbangan antarabangsa pertama ke Bangkok. Kemudiannya, Thai AirAsia ditubuhkan bagi operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang Bangkok, Thailand. Di Indonesia, AirAsia membeli Awair untuk sektor Indonesia, dan sekarang dikenali sebagai Indonesia AirAsia.

Pada 22 Julai 2005 AirAsia mengumumkan pakatan penajaan dengan kelab bola sepak Manchester United yang menyaksikan iklan AirAsia muncul di Stadium Old Trafford di kota Manchester yang membolehkan pendedahan jenamanya kepada berjuta-juta penonton televisyen di seluruh dunia.

Terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23 Mac 2006, dijadikan pusat operasi baru bagi AirAsia. AirAsia dijangka membawa 9 juta penumpang pada tahun 2006.

Pada Ogos 2006, AirAsia mengambil alih laluan Rural Air Service Penerbangan Malaysia di Sabah dan Sarawak, beroperasi bawah jenama FlyAsianXpress. Laluan-laluan tersebut kemudiannya dikembalikan kepada MASwings setahun kemudian, atas sebab-sebab komersial. CEO AirAsia Tony Fernandes kemudiannya mendedahkan satu rancangan lima tahun bagi meningkatkan kehadirannya di Asia.[10] Di bawah rancangan itu, AirAsia bercadang untuk mengukuhkan dan meningkatkan rangkaian laluannya dengan menghubungi semua bandar raya sedia ada di rantau ini dan berkembang lebih lanjut ke Vietnam, Indonesia, (Kunming, Xiamen, Shenzhen) dan India. Syarikat penerbangan akan fokus dalam membangun habnya di Bangkok dan Jakarta melalui syarikat-syarikat kakaknya, Thai AirAsia dan Indonesia AirAsia. Dengan meningkatkan frekuensi dan tambahan laluan baru, AirAsia menjangka jumlah penumpang mencapai 18 juta sebelum akhir 2007.

Rujukan

WikiPedia: AirAsia http://www.airasia.com/ http://www.airasia.com http://www.airasia.com/my/en/big-loyalty-programme... http://www.airasia.com/site/in/en/snackAttack.jsp http://www.airasia.com/storage/bo/aaportal.model.C... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/newsevents/news-events-singl...