Air_Koryo
Air_Koryo

Air_Koryo

Air Koryo (Chosŏn'gŭl: 고려 항공; MR: Koryŏ Hanggong; dahulunya 조선 민항; 朝鮮 民航; Chosŏn Minhang) adalah sebuah syarikat penerbangan kebangsaan milik Korea Utara yang beribu pejabat di Sunan-guyŏk, Pyongyang.[2] Syarikat penerbangan ini berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sunan (IATA: FNJ),[3] ianya mengendalikan perkhidmatan berjadual dan sewa antarabangsa ke destinasi-destinasi di Asia.Air Koryo mempunyai pejabat di Beijing, Shanghai dan Shenyang, China; Moscow dan Vladivostok, Rusia; dan Berlin, Jerman.[4]