Air_pancut
Air_pancut

Air_pancut

Air pancut merupakan struktur seni bina yang mengeluarkan air ke dalam tadahan atau memancut ke udara sama ada bagi membekalkan air minum atau sebagai kesan hiasan.Air pancut pada asalnya semata-mata berfungsi yang bersambung dengan mata air atau akueduk dan digunakan bagi membekalkan air bersih untuk diminum, mandi, membasuh bagi penduduk di bandar, pekan dan kampung. Sehingga akhir abad ke-19 kebanyakan air pancut beroperasi melalui graviti, dan memerlukan sumber air lebih tinggi berbanding air pancut, seperti takungan atau akueduk, bagi menjadikan air mengalir atau memancut ke udara.