Model Airbus_A300

  • A300B1 Hanya 2 pesawat saja dibina: Sebuah dibina menjadi prototaip dan sebuah lagi dijual untuk perkhidmatan. Ia mampu menerbangkan 259 penumpang dan berat maksimumnya ialah 132,000 kg. Penjana kuasanya ialah dua enjin General Electric CF6-50A dengan tujahan 220 kN.
  • A300B2 Variasi produksi pertama. Dijana oleh CF6 atau Pratt & Whitney JT9D dengan tujahan antara 227 kN hingga 236 kN. Ia memasuki perkhidmatan pada Mei 1974.
  • A300B4 Variasi utama yang hampir serupa dengan B2 tetapi beratnya ditinggilan menjadi 157 ton. Jumlah keluaran B2 dan B4 adalah sebanyak 248 buah.
  • A300FFCC Pesawat pertama menggunakan 2 krew kapal. Perkhidmatan pertama bersama dengan Penerbangan Garuda Indonesia dan Varig
  • A300B10 '(A310)' Model ini mempunyai fuselaj yang lebih pendek, sayap yang bernisbah bidang yang lebih tinggi, ekor yang lebih pendek dan penggunaan 2 krew kapal. Ia boleh didapati dalam siri 200 dan 300 dimana julatnya dipanjangkan (julatnya ialah 9,600 km). Ia turut dibina dalam bentuk ketenteraan dan digunakan oleh Luftwaffe. Penjualan terkini adalah sebanyak 260 buah.
  • A300-600 Versi terbaru ini mempunyai panjang yang sama dengan B2 dan B4 tetapi ruangannya diluaskan kerana ia menggunakan fuselaj dan ekor A310. Kuasa janaanya lebih tinggi dan dijana oleh enjin CF6-80 atau Pratt & Whitney PW4000. Model ini memasuki perkhidmatan pada tahun 1988 dan ia boleh didapati dalam dua jenis versi iaitu versi penumpang dan kargo. Sehingga ke hari ini, sebanyak 330 buah pesawat A300-600 berjaya dijual.