Aiskrim
Aiskrim

Aiskrim

Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya), digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar. Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Garam membuat air dapat berada di bawah titik beku air tulen. Walaupun istilah aiskrim sering digunakan untuk menunjuk kepada pencuci mulut beku dan makanan ringan, tapi sebenarnya khas digunakan untuk menunjuk kepeda pencuci mulut beku dan makanan ringan yang terdiri dari lemak susu. Banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, mengehadkan penggunaan istilah tersebut berdasarkan kuantiti kandungan asas makanan tersebut.Aiskrim moden komersil dibuat daripada campuran bahan di bawah ini:Bahan-bahan ini membentuk bahagian pepejal aiskrim yang kecil pada produk akhir, yang selebihnya merupakan udara yang dimasukkan sewaktu proses pemutaran bahan-bahan ini. Aiskrim yang mempunyai harga yang murah diperolehi daripada bahan-bahan yang murah serta kemasukan udara yang lebih banyak sehingga 50% isipadu produk akhir.Aiskrim datang dalam pelbagai jenis perisa, seringklainya dengan bahan tambahan seperti kepingan coklat, kekacang, buah-buahan dan gula-gula kecil. Antara perisa aiskrim yang kerap dijual di pasar-pasar adalah perisa vanila, coklat, strawberi, and Neapolitan (gabungan ketiga-tiga perisa tersebut).

Aiskrim

Suhu penghidangan Sejuk
Jenis sajian Snek, pencuci mulut
Tempat asal Mesopotamia