Aizat_Amdan
Aizat_Amdan

Aizat_Amdan

Muhammad Aizat bin Amdan (lahir 21 Januari 1989) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima bersama Dafi, Mila Jirin dan Heliza Helmi. Beliau suka mencipta lagu dan lirik. Beliau juga pandai menari dan mempunyai kebolehan melukis komik. Lagu beliau yang paling popular ialah "Kau Aku" yang menjadi tema untuk drama Merah Putih. Pada tahun 2010 beliau telah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 serta bergelar pemenang trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-16 menerusi lagu "Lagu Kita". Beliau merupakan pemenang termuda untuk kedua-dua anugerah itu setakat ini.[1]

Aizat_Amdan

Pekerjaan Penyanyi, Pencipta lagu
Nama lahir Muhammad Aizat bin Amdan
Pengkarya berkait Go Gerila
Juga dikenali sebagai Aizat AF (semasa bersama Akademi Fantasia), Aizat, Aizat Amdan
Instrumen vokal, gitar
Laman sesawang www.aizatamdan.com
Kelahiran (1989-01-21) 21 Januari 1989 (umur 31)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tahun aktif 2007—kini