Ajai

Mohd Faizal bin Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu dan penerbit album yang cukup popular di Malaysia. Anak kelahiran Masai, Johor ini mula membabitkan diri dalam bidang muzik sejak tahun 1989 lagi sebagai pemain keyboard kumpulan Exists untuk empat album pertama mereka.[1] Selepas keluar daripada Exists pada tahun 1997, Ajai kemudianya membina kerjaya sebagai penyanyi duet terkenal bersama isterinya pada ketika itu dengan gelaran Ajai & Nurul.Sepanjang kariernya sebagai penyanyi dan komposer, beliau pernah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular pada tahun 2002 biarpun hanya tampil dengan satu single solo berjudul Bisikan Asmara pada tahun tersebut. Selain itu, beliau juga pernah memenangi anugerah Lagu Terbaik sebanyak tiga kali di Anugerah Industri Muzik.

Ajai

Pekerjaan Komposer, penyanyi, pemuzik
Pasangan Noorulhuda Abdul Wahab (k. 1996; c. 2006)
Norliza Ilias (k. 2009)
Anak Ayu Nazirah (anak bersama Nurul, lahir 1998)
Danisha (anak bersama Liza, lahir 2010)
Tahun aktif 1989 - kini
Nama lain Ajai, Ajai Exists
Pengkarya berkait Ajai & Nurul, Exists, Ezad Lazim, Joey Daud, Mamat Exists
Instrumen Vokal, Keyboard
Syarikat rakaman Wake The Baby Sdn. Bhd.
Laman web http://instagram.com/byajai
Kelahiran Mohd Faizal bin Maas
(1975-03-28) 28 Mac 1975 (umur 44)
Masai, Johor, Malaysia
Genre Rock, Balada, Pop Rock