Ajax Amsterdam
Ajax Amsterdam

Ajax Amsterdam


Amsterdamsche Football Club Ajax atau Ajax Amsterdam, AFC Ajax, atau hanya Ajax (disebut [A-yaks]) adalah sebuah kelab bola sepak dari Amsterdam, Belanda. Kelab ini antara pasukan bola sepak paling kuat di negara Belanda dan antara yang paling berjaya di Eropah. Ajax adalah salah satu dari empat kelab yang telah telah memenangi ketiga-tiga gelaran utama bola sepak di benua Eropah selain Bayern Munich, Barcelona dan Juventus[2] iaitu Liga Juara-Juara UEFA, Piala Pemenang Piala, dan Piala UEFA. Di negara Belanda, Ajax menjuarai Eredivisie, liga bola sepak utama Belanda sebanyak 33 kali[3] .

Ajax Amsterdam

Pemilik AFC Ajax NV (Euronext: AJAX)
Nama penuh Amsterdamsche Football Club Ajax
Liga Eredivisie
Gelaran de Godenzonen ("Anak-anak Dewa-Dewa"),
Ajacieden,
de Joden ("Sang Yahudi"),
de Amsterdammers ("Anak-anak Amsterdam"),
I Lancieri ("Sang Penombak"),
Lucky Ajax ("Ajax yang bertuah")
Pengurus Frank de Boer
Stadium Amsterdam ArenA
(Muatan: 52,342[1])
Pengerusi Hennie Henrichs
Tapak sesawang Laman kelab
2013-14 Eredivisie, Pertama
Diasaskan 18 Mac 1900; 120 tahun yang lalu (1900-03-18)