Akademi_Fantasia_Musim_12

Akademi Fantasia 2015 (AF2015) ialah rancangan realiti musim ke-12 Akademi Fantasia yang disiarkan di Astro Ria mulai 1 Ogos 2015. Musim ini mengekalkan format lama Akademi Fantasia Musim 11. Tenaga pengajar untuk musim ini ialah Linda Jasmine, Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi, Que Haidar dan Shahrol. Pengetua Akademi Fantasia 2015 ialah Edry Abdul Halim dan pengacara konsert masih dikekalkan; Zizan Razak dan Faizal Ismail. Nana Mahazan ditugaskan sebagai pengacara Diari Akademi Fantasia.