Akademi_Fantasia_Musim_13
Akademi_Fantasia_Musim_13

Akademi_Fantasia_Musim_13

Akademi Fantasia 2016 (AF2016) ialah rancangan realiti musim ke-13 Akademi Fantasia yang disiarkan di Astro Ria mulai 21 Ogos 2016. Musim ini mengekalkan format lama Akademi Fantasia Musim 11. Tenaga pengajar untuk musim ini ialah Linda Jasmine, Ellie Suriati, Mas Idayu dan Shahrol. Pengetua Akademi Fantasia 2016 ialah Dato Shake dan pengacara konsert masih dikekalkan Zizan Razak dan Alif Satar. Manakala Dahlia Shazwan, Hazeman Huzir dan CK Faizal ditugaskan sebagai pengacara Diari Akademi Fantasia.