Akademi_Fantasia_Musim_3
Akademi_Fantasia_Musim_3

Akademi_Fantasia_Musim_3

Akademi Fantasia Musim 3 yang mula bersiaran pada 4 Jun, 2005 merupakan musim ketiga bagi rancangan Akademi Fantasia yang disiarkan di saluran Astro Ria. Sebanyak 20 peserta akan dipilih sebelum ditapis menjadi 12 pelajar yang dipilih menerusi konsert prelude.Walaupun demikian, pada konsert pertama musim ini, lapan pelajar yang tersingkir ketika konsert prelude diberi peluang untuk berentap pada konsert pertama untuk menentukan pelajar yang akan diserap masuk sekaligus mengisi kekosongan pelajar ketiga belas dan keempat belas. Musim ini juga meneruskan format asal rancangan yang mana tiada penyingkiran pelajar pada konsert pertama. Juara musim ketiga kali ini dimenangi oleh Asmawi Ani berusia 23 tahun yang berasal dari Kulai, Johor.