Akademi_Fantasia_Musim_5

Akademi Fantasia Musim 5 adalah suatu rancangan realiti televisyen yang diadakan pada tahun 2007. Ujibakat diadakan di 5 buah bandar utama di seluruh Malaysia dan juri-juri memilih 16 daripada mereka yang paling terserlah dan sesuai untuk diambil sebagai calon pelajar Akademi Fantasia. Berbeza dengan tahun-tahun sudah, kali ini Akademi Fantasia diadakan pada bulan Mac hingga Mei berbanding Mei hingga Ogos kerana pihak penerbit tidak mahu rancangan ini bertembung dengan persediaan rakyat Malaysia untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50.Juara Akademi Fantasia Musim 5 berusia 19 tahun iaitu Norsyarmilla Jirin, dari Pulau Pinang, menjadi juara wanita pertama bagi rancangan ini.