Akademi_al-Quran

AKADEMI al-Quran atau AQ adalah sebuah program realiti TV terbaru yang disiarkan untuk tatapan peminat rancangan TV realiti di Malaysia. Berbeza dengan program realiti TV lain seperti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol, format program AQ merupakan format asal dan bukannya diadaptasi atau diambil daripada format luar. Umum sedia maklum, format Akademi Fantasia diambil daripada format rancangan La Academia di Mexico, manakala Malaysian Idol pula berdasarkan format American Idol.Termasuk perbezaan paling ketara program AQ berbanding dengan rancangan realiti lain ialah pemilihan pemenang program tersebut pada setiap episod yang ditentukan sepenuhnya oleh tiga orang juri profesional tanpa langsung melibatkan undian sistem pesanan ringkas (SMS).Program AQ disiarkan selama satu setengah jam pada setiap hari Khamis di saluran TV9, bermula pukul 8.30 malam. Pada beberapa episod pertama AQ, ia dikendalikan oleh pengacara Farah Adeeba Mohd. Ashraf sebelum digandingkan dengan penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan, Nazrey Johani sebagai pengacara bersama.